Saturday, 3 June 2017

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing manis masa hamil. Macam mana boleh jadi macam tu kan..? Bagaimana cara untuk kita elak dan cegah supaya ianya tidak terjadi dan berlarutan sehingga memudaratkan ibu serta bayi dalam kandungan.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai "diabetes gestasi". Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

• mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
• membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan akan mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 



Ini terjadi disebabkan kerintangan insulin (sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah), tidak berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. 

Makanan yang diambil semasa mengandung yang telah dihadamkan dengan khasiat lengkap seperti gula, vitamin dan mineral diperlukan ibu & bayi akan diserap. Makanan tambah darah dan naikkan HB juga diperlukan bagi menstabilkan kandungan gula dalam badan. Anda amat disarankan untuk memakan makanan semulajadi seperti yang disarankan Tim Zuriat di website mereka. (http://zuriat.my/makanan-tambah-darah-ibu-hamil-low-hb/)

Namun, kerintangan insulin mengganggu penukaran gula kepada tenaga.
Kesannya, paras gula dalam darah pun meningkat.

Badan anda mengalami perubahan ketara semasa hamil. Pankreas akan menghasilkan hormon dipanggil insulin untuk membantu membakar gula dalam darah dan dihantar ke dalam sel untuk digunakan badan.

Semasa hamil, uri atau plasenta akan menghasilkan hormon untuk membantu untuk pembesaran bayi dalam kandungan.



Hormon dari bayi ini menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya masalah sel kalis terhadap insulin dapat diatasi.

Jika persediaan pankreas adalah kurang bagus, penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat seterusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.


Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Ubat Yang Membatalkan Puasa Dan Tidak Membatalkan Puasa

Ramai dikalangan kita yang keliru dengan ubatan yang diambil adakah ia membatalkan puasa atau tidak.


Terdapat pelbagai jenis ubatan yang diambil, yang pasti ubat yang dimakan dan ditelan membatalkan puasa bagaimana dengan suntikan, ubat sapuan, ubat titis mata atau telinga?


Semoga dengan poster berikut memberi petunjuk yang lebih jelas


Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

1. Tablet Sublingual dengan syarat diletakkan bawah lidah dan tidak ditelan

2. Ubat suntikan

3. Ubat titis mata dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga

4. Ubat sapu

5, Ubat kumur

6. Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut


Ubat Yang Membatalkan Puasa

1. Ubat biji

2. Ubat minum

3. Ubat sedut

4. Pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina)

5. Supsitori/Enema (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur)


Islam adalah agama yang mudah. Ia bukannya memudaratkan. Jika kita sakit dan tidak dapat berpuasa kita boleh ganti puasa dan membayar fidyah.

Thursday, 4 May 2017

Mengidam Semasa Mengandung



Tipu kalau saya cakap, anda mengandung tapi tak pernah mengidam.

Mengidam ini normal. Dan sebenarnya masa nilah untuk kita buli cukup-cukup encik suami kita. Cakap nak makan itu, nak makan ini. Mesti laju je ditunaikan. Hikhik.

Satu lagi masalahnya, sentiasa lapar je time perut boyot ni. Betrul tak?
Sikit-sikit rasa nak makan. Tak cukup-cukup. Macam yang bercantum kat perut kita ni, raksasa pun ada. Haha.

Tapi sebenarnya, elok ke tak makan banyak-banyak ni? Jom kita bincangkan.

Kajian menunjukkan 84% wanita hamil akan mengidam ni. Nak makan benda manis, masin, aiskrim dan macam-macam lagi. Dan ianya sangat-sangat normal. Jadi anda tak perlulah nak takut.

Biasanya mengidam ni bermula waktu trimester pertama lagi, dan semakin dekat nak bersalin, lebih kuat mengidam dan makan-makan kita ni.

Cara terbaik untuk kita mengidam ialah biarlah mengidam seperti apa yang disarankan Zuriat.my, makanan-makanan yang membantu kita naikkan HB, tambah darah dan sebagainya.

Dan, ada orang cakap, yang apa yang kita idamkan tu menentukan jantina bayi kita. Betul ke? Saya pun tak tau. Ini apa yang saya dengar.


  • Makanan Manis Adalah anak perempuan
  • Makanan masam dan masin adalah anak lelaki
Jadi, boleh ke kita nak kawal mengidam kita ni? Boleh je sebenarnya. Antara tips-tipsnya ialah:

  1. Jangan tinggalkan sarapan. Wajib makan setiap hari.
  2. Makan dalam waktu yang ditetapkan. Janganlah makan pagi sekejap pukul 9, sekejap pukul 12 tengahari, jadi berteraburlah sistem badan kita nak faham.
  3. Bersenam. Ehh..Ye awak. Wajib bersenam. Ianya membantu kita dari nak mengidam benda bukan-bukan dan yang tak menyihatkan.
  4. Elakkan makanan tak berkahsiat. Contoh mudah, suka sangat nak makan meggi, makan keropok, minum air gas. No, No, No. Elakkan yer
  5. Alihkan perhatian. Carilah hobi yang boleh elakkan anda dari mengidam tak tentu arah ni. Contohnya, skroll FB, update selfie di instagram dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, boleh je nak mengidam dan kuat makan ni, tapi pastikan ianya sihat, berkhasiat dan baik untuk bayi.

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing ...