Saturday, 3 June 2017

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing manis masa hamil. Macam mana boleh jadi macam tu kan..? Bagaimana cara untuk kita elak dan cegah supaya ianya tidak terjadi dan berlarutan sehingga memudaratkan ibu serta bayi dalam kandungan.

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai "diabetes gestasi". Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

• mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
• membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan akan mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 



Ini terjadi disebabkan kerintangan insulin (sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah), tidak berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. 

Makanan yang diambil semasa mengandung yang telah dihadamkan dengan khasiat lengkap seperti gula, vitamin dan mineral diperlukan ibu & bayi akan diserap. Makanan tambah darah dan naikkan HB juga diperlukan bagi menstabilkan kandungan gula dalam badan. Anda amat disarankan untuk memakan makanan semulajadi seperti yang disarankan Tim Zuriat di website mereka. (http://zuriat.my/makanan-tambah-darah-ibu-hamil-low-hb/)

Namun, kerintangan insulin mengganggu penukaran gula kepada tenaga.
Kesannya, paras gula dalam darah pun meningkat.

Badan anda mengalami perubahan ketara semasa hamil. Pankreas akan menghasilkan hormon dipanggil insulin untuk membantu membakar gula dalam darah dan dihantar ke dalam sel untuk digunakan badan.

Semasa hamil, uri atau plasenta akan menghasilkan hormon untuk membantu untuk pembesaran bayi dalam kandungan.



Hormon dari bayi ini menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya masalah sel kalis terhadap insulin dapat diatasi.

Jika persediaan pankreas adalah kurang bagus, penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat seterusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.


Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

No comments:

Post a Comment

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing ...