Thursday, 4 May 2017

Mengidam Semasa Mengandung



Tipu kalau saya cakap, anda mengandung tapi tak pernah mengidam.

Mengidam ini normal. Dan sebenarnya masa nilah untuk kita buli cukup-cukup encik suami kita. Cakap nak makan itu, nak makan ini. Mesti laju je ditunaikan. Hikhik.

Satu lagi masalahnya, sentiasa lapar je time perut boyot ni. Betrul tak?
Sikit-sikit rasa nak makan. Tak cukup-cukup. Macam yang bercantum kat perut kita ni, raksasa pun ada. Haha.

Tapi sebenarnya, elok ke tak makan banyak-banyak ni? Jom kita bincangkan.

Kajian menunjukkan 84% wanita hamil akan mengidam ni. Nak makan benda manis, masin, aiskrim dan macam-macam lagi. Dan ianya sangat-sangat normal. Jadi anda tak perlulah nak takut.

Biasanya mengidam ni bermula waktu trimester pertama lagi, dan semakin dekat nak bersalin, lebih kuat mengidam dan makan-makan kita ni.

Cara terbaik untuk kita mengidam ialah biarlah mengidam seperti apa yang disarankan Zuriat.my, makanan-makanan yang membantu kita naikkan HB, tambah darah dan sebagainya.

Dan, ada orang cakap, yang apa yang kita idamkan tu menentukan jantina bayi kita. Betul ke? Saya pun tak tau. Ini apa yang saya dengar.


  • Makanan Manis Adalah anak perempuan
  • Makanan masam dan masin adalah anak lelaki
Jadi, boleh ke kita nak kawal mengidam kita ni? Boleh je sebenarnya. Antara tips-tipsnya ialah:

  1. Jangan tinggalkan sarapan. Wajib makan setiap hari.
  2. Makan dalam waktu yang ditetapkan. Janganlah makan pagi sekejap pukul 9, sekejap pukul 12 tengahari, jadi berteraburlah sistem badan kita nak faham.
  3. Bersenam. Ehh..Ye awak. Wajib bersenam. Ianya membantu kita dari nak mengidam benda bukan-bukan dan yang tak menyihatkan.
  4. Elakkan makanan tak berkahsiat. Contoh mudah, suka sangat nak makan meggi, makan keropok, minum air gas. No, No, No. Elakkan yer
  5. Alihkan perhatian. Carilah hobi yang boleh elakkan anda dari mengidam tak tentu arah ni. Contohnya, skroll FB, update selfie di instagram dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, boleh je nak mengidam dan kuat makan ni, tapi pastikan ianya sihat, berkhasiat dan baik untuk bayi.

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing ...